Bagang adalah struktur binaan di tengah laut , bertiang empat dan berbentuk empat segi.Lazimnya Keluasan struktur binaan bagang adalah 20×20 kaki. Bagang berfungsi sebagai alat yang dibina untuk menangkap ikan bilis semasa bulan gelap. Terdapat banyak bagang dibina di beberapa lokasi di antaranya di daerah Pitas.
Bahan yang digunakan membuat bagang pula adalah pokok nibung, bakau, buluh, tali dan guni plastik. Batang nibung dipilih kerana batangnya yang lurus dan panjang hingga boleh mencapai melebihi 15 kaki. Jika dasar terlalu dalam, nibung akan disambung 2 menggunakan nat besi. Kebiasaannya, bakau dan buluh digunakan sebagai lantai. Untuk memacakkan tiang bagang, karung diisi dengan pasir dan diikat dengan tiang nibung untuk menenggelamkannya. Semakin banyak tiang, bermakna struktur bagang akan bertambah kuat. Ada juga sesetengah bagang dibuat terapung di laut dengan meletakkan tong-tong plastik dibawah lantainya.
No comments:
Post a Comment